Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat menyambut tahun baru 2010 yang bakal menjelma esok. Hari ni dah last 2009
semua org dok tanya apa azam baru.....bila org tnya aku snyum je.....aku ckp aku nk jadi jutawan
2010 ni......hahahahhaa...a'ah gelak le......nmpk mcm lawak kan.....tapi hakikatnya....azam tu
leh dijadikan pendorong untuk kita sampai ke satu tahap yang lebih tinggi...walaupun x tinggi mana pun....

dulu...aku x prnah ada azam.....mcm air.....jalan je...ikut je le arus tu nk ke mana...kalau ke kiri, ke kiri le..kalau ke kanan.....ke kanan..kalau banjir......huhuhuhuhu...(aku x pandai berenang)..maksudnya kalau sesuatu musibah menimpa kita...kita x de persediaan.....tapi bila usia dh makin meningkat...aku trfikir..x kan nk dok kt takuk lama gak.....nak gak satu perubahan.....dan akhirnya pada 27 Disember 2009 aku menanam azam.....satu azam yang selama ini aku x trfikir pun....untuk aku naik lebih tinggi lagi....

kerje......mmmmm......x leh nk ckp pe pasal keje...dok trfikir...bile le aku nk keje sndiri....ade ms sndiri...x terikat....de masa bnyak ngn anak2......mmmm...mmg nak sgt suasana mcm tu......
apa2 pun...aku kene bnyak bersabar.........

SALAM TAHUN BARU

Friday, November 6, 2009




lakiku x tau yg aku dh de blog sendiri.....hehehehe....sorry beng ek...mmg saja x nak bagi tau. tapi ntah mcm mn dia kata dia nk aktif swim balik....then nk carik student...so pe lagi...aku suggest le kat dia buat blog....dan yg terjd seterusnya.....aku pecah rahsia aku de blog....


pe lagi bila dia tgk...dia pakat gelak.....huhuhuhu...sampai ati abg gelak kt yag ek...


eh.......cerite x sama dengan pic ek....




sebnrnya pic tu amik kt shangri-la hotel kl.....aku kene atteng tax seminar......tax....huhuhu


cukai pendapatan tau le...ni corporat tax.....x blaja pun dulu2....
mmmmm...cuba teka...mana satu aku.....hahahahaha....x usah perasan aaaa...

Sunday, November 1, 2009

Teringin Nak Menceceh Kat sini....


Rasa-rasa mcm nak mengupdate blog yg x seberapa ni....sementera tgh x bz ni leh le jenguk-jenguk jap blog aku ni....pastu ntah berpa lama lagi nk update.....hmm..tgk le nanti.
Ni sedang survey umah yg "best". hehehehe best macam mn? x kisah le asalkan umh...aku x kisah
la ni pun aku dh dok "pondok' aku sendiri kat kampung halamanku. mmm..... insya allah nak tambah aset for our future.....hehehehehehe (suke sgt ketawa..!!!)

Sunday, April 5, 2009

ANAK BUNIAN PAKAI PENDAKAP GIGI..HEHE LAWAKNYER...

ANAK BUNIAN PAKAI PENDAKAP GIGI..HEHE LAWAKNYER...

Saper kat sini ada tertengok julia juli...ala drama kat tv9 tue...
aku rasa nak tergelak pecah perut sbb aku tertengok citer tu.
ada ker org bunian @ org kayangan pkai pendakap gigi, advance nyer depa tue..

sapalah pengarah dan penerbit citer tue..
awat depa tak kaji dulu ka..
main hentam kromo jar...

Tuesday, March 31, 2009

ROASTED CHICKEN

Roasted Chicken

Bahan bahannya :
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ sos

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

GRAVY LADA HITAM
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air
rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos,
lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut
kepekatan sos yg dikehendaki perisakan
garam dan gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau
ayam bakar atau pun chicken chop]

SOS CENDAWAN

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup,
mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos
yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau
ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH

bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang
sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.


Friday, March 27, 2009

Thursday, March 26, 2009

Harga Ayam Mula Turun Hari Ini

Harga ayam daging turun sebanyak 40 hingga 55 sen sekilogram di seluruh negara mulai hari ini, menurut pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong di sini.

Harga ladang ayam hidup turun daripada RM3.70 kepada RM3.30 sekilogram, harga borong daripada RM4.40 kepada RM4 sekilogram dan harga runcit daripada RM5.10 kepada 4.70 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini, harga borong ayam bersih turun daripada RM5.20 kepada RM4.70 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala dan hempedal turun daripada RM6 kepada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM7.40 kepada RM6.90 sekilogram. Beliau berkata harga turun disebabkan keadaan kewangan dan ekonomi sekarang yang dihadapi negara.

“Tidak dapat dielakkan harga ladang telah turun selaras dengan kekurangan dalam permintaan,” tambahnya. - Bernama

Nah... ayam sudah murah, jom makan ayam banyak banyak !
hidup ayam.... !!!